Lebih 41 peratus golongan belia di negara ini membabitkan mereka dari kalangan 18 tahun ke atas didapati masih berbelah bahagi tentang kecenderungan untuk memilih parti politik yang akan diundi mereka.
Menurut Pengasas Bersama Architects of Diversity, Jason Wee, peratusan itu diperolehi menerusi hasil daripada tinjauan yang dijalankan oleh pihaknya ‘Tinjauan Manifesto Aspirasi Belia’ untuk menilai pemlihan golongan tersebut bagi Pilihanraya Umum akan datang.